Home

OWNER

Facebook

Twitter

petua tradisional

SANTAN KELAPA HITAMKAN RAMBUT

Uban kebiasaannya dikaitkan dengan warga emas namun sekarang sudah berbeza. Golongan muda juga tidak terlepas daripada risiko rambut beruban dek pengambilan makanan yang tidak sesuai. Jika berdepan dengan masalah ini, anda boleh mencuba petua yang berasaskan sebiji kelapa tua yang diparut serta diambil santan pekatnya. Setelah itu didiknya sehingga mengeluarkan minyak. Minyak itu kemudian dituangkan kedalam botol dan direndam bersama-sama halba. Bagi mendapatkan hasil yang cepat, sapukan minyak ini setiap hari dan rambut anda akan kembali hitam seperti sebelumnya.



PATI SERAI DAN LIMAU ATASI KELEMUMUR

Kelemumur merupakan masalah rambut yang boleh datang dan pergi. Jadi jangan berhenti daripada mengamalkan sebarang petua. Kali ini anda boleh cuba mengisarkan tiga batang serai bersama-sama dua biji limau nipis.tapis dan ambil pati sebelum menyapukannya pada keseluruhan rambut. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Bilas dan pastikan keseluruhan rambut bersih sepenuhnya. Boleh diamalkan dua kali dalam seminggu.

credit : anizyn


tunggu ap lagi ? jum komen... :)

Daisypath Anniversary tickers

No comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner